Wednesday, December 16, 2009

lawat-lawat sana sini

tak jadi masuk wad...

jadi, rasa lega dan risau bercampur-campur. lega, sebab hakikatnya dimasukkan dalam wad memang tak best. risau, sebab aku dah rimas dengan keadaan wound aku sekarang ni.

tapi apa nak buat, kan..bukan hospital bapak aku..kalau hospital itu bapak aku yang punya, sure aku tak kisah kalau kena duduk dalam wad, sebab pasti aku duk dalam suite, ada tv besar, siap dengan ps3. anak kesayangan bapak, beb...special la sikit.

jadi, selepas rancangan awal nak dimasukkan ke dalam wad telah digagalkan oleh Dr. Shafizy (kalau tak silap dengar la, mcm payah bebenor nak pronounce nama dia), aku melawat seorang kenalan mummy dan bapak, iaitu seorang pakcik yang merupakan suami kepada kawan mummy. kira macam kenalan di kalangan taman perumahan la. turn out, pakcik adalah bapak kepada Joe, iaitu ahli kumpulan rap seret kaki yang sangat glamer pada zaman aku sekolah rendah dulu, iaitu 4U2C. banyak jugak pesanan hidup yang diberikan kepada aku. salah satunya adalah, "kalau kau jumpa lelaki yang betul2 faham keadaan kau, dah jumpa cinta sejati kau, kau kawin jelah"

keadaan agak akward seminit dan aku berada dalam keadaan terkesima sekejap. ayo, segan la. dah la dengan bapak sendiri pun aku tak pernah discuss hal chenta-chenta ni, inikan pulak dengan stranger. tapi, nasihatnya aku terima dengan dada yang lapang. bapak aku yg telah melihat aku yang perlahan-lahan bertukar jadi macam seekor burung woodpecker sebab aku mengangguk tak sudah-sudah telah menyelamatkan aku dengan mengajak aku balik, beralasan dah lama di situ, perlu bagi pakcik berehat..bravo untuk bapak aku, macam boleh baca fikiran aku je..

bila aku balik, aku terfikir pasal term 'cinta sejati' itu.

sudahkah ku temui?

biar aku sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati ini..

p/s: aku terdengar masa menunggu kat klinik surgeri tadi, ada orang nama nurul nikki@niki...gosh, pahal dengan orang sekarang ni...kalau dah nak nama orang putih sangat, letak jelah nikki..tarak hal punya..

ciao!

Monday, December 14, 2009

kepada kawan-kawan

maybe, i won't be around starting this wednesday. nampak gaya macam kena admit lagi.

doakan yang terbaik untuk aku ye. aku dah letih duduk dalam ward. tak daya dah rasanya.

aku akan rindu blogging..

take care, earthlings..

Tuesday, December 8, 2009

lamanya..

lama tak update blog..

takde idea.

hmmm..kesian aku

 
template by suckmylolly.com